Black Magic
Sunday, July 22nd, 2007Bagi sesetengah orang, magis atau magik mungkin yang mengkagumkan. Tapi sik semuanya bait dan berguna. Mungkin rami yang perasan bahawa penggunaan ilmu hitam toklah menjadi tunjang keruntuhan bangsa melayu. Sik dinafikan kita berpegang pada qada dan qadar Allah s.w.t. tapi kehadiran ilmu hitam tok seolah-olah penyelesaian termudah dalam merealisasikan impian dan dendam yang tersemat di dada manusia yang berhati busuk.
Bila kita lihat di sekeliling, mungkin kita sik sedar bahawa dalam diam ada mata yang kurang enak dengan apa yang ada pada diri kita. Adapun ilmu, harta benda, wang ringgit, paras rupa, kebahagiaan rumah tangga, penghormatan manusia… semuanya datang dari diri seseorang individu.. Sayang sekali, adakalanya sekelumit dari sebab ya menjadi punca kehadiran ilmu hitam sebagai alternatif protes terhadap kita.
Apakah dengan menggunakan ilmu hitam, tatkala "terbunuh" orang yang dituju tersebut, segala-galanya pulang ke pelaksana ilmu itu? TIDAK. Tidak sama sekali. Mungkin manusia kini dah sik pandey berusaha bersaing secara sihat, berkongsi pendapat, mengakui kelemahan dan duduk semeja.. Bagi diriku, pengamal ilmu hitam tok lah sewajarnya digelar pelaknat dan bangsat. Sekda kebaikan mun dah namanya ilmu hitam…
Akhir bicara, kita lah bangsa yang paling kolot di dunia.. bangsa yang sik tauk berjuang dengan titik peluh sendiri, walau sekelumit kecil yang masih mengamalkan ilmu hitam, tapi impaknya masih mengkucar-kacirkan peradaban melayu…